Tuesday, May 11, 2010

Pengalaman Melahirkan Quzayra.

Sesungguhnya, pengalaman melahirkan Zayra membuatkan aku insaf & trauma!! Kalau diingat-ingatkan balik, mau aku retire bersalin! Hu hu ..memang sgt sakit dan istilah bertarung nyawa sungguh tepat untuk menggambarkan betapa sakitnya waktu itu!. Memang sangat berbeza dengan kelahiran Qarissa. Walaupun Zayra anak kedua, tetapi sakitnya mengalahkan anak pertama. Mungkin kerana Zayra agak besar - 3.3 kg dan doktor tak membuat potongan untuk laluan baby menjadi punca kesakitan melampau ini. Dan aku pun underestimatelah kan.. Aku ingat anak kedua lagi senang, so aku langsung tak bersedia dengan kesakitan tahap dewa kali ni. Hu hu hu..

Aku kena tahan hospital on 6/7. Actually tu lah tarikh due date Zayra. Doktor kata bacaan air ketuban aku agak tinggi, so doktor takmau tunggu lama. Dr Azmi kata, if 6/7 tak keluar, doktor akan induce on 7/4. Jadi, aku dengan buhsannya ke Putrajaya untuk check in lah hari tu. Disebabkan patient masih lum keluar, me & hubby jalan ke Alamanda untuk menghabiskan masa. Sempatlah shopping lagi, siap naik wheel chair untuk kali kedua. Hhaha..

Then, lewat petang bila dah check in, as usual, lepak2, sempat layan FB sambil menunggu masa berlalu. Contraction aku as usual, sakit jugak tapi masih leh tahan. Zayra memang lasak so aku rasa biasa jer contraction. Kengkadang tak pasti tuh contraction ker tak.. hehhe..

Next morning kul 7 pg, doktor cek berapa bukaan rahim. Contraction mmg aku tak rasa pun, semuanya cam biasa jer..nurse tu kata, if contraction ada pun, 1/10 dan nurse tuh pun cam kagum sebab aku rasa biasa jer, tak der perasaan. Dia kata kalau org lain, dah meleleh menangis. Erkk..yer ker? Aku pun tak tahu. Bila Doktor cek pagi tuh, rupanya dah terbukak 4 cm, so tak jadi induce. Lega aku dengar sebab aku mmg takut kena induce. Cam kena paksa jer. Then, tetiba Doc kata nak pecahkan ketuban! Mak ai... takutnya aku dengar! Dulu Q sampai2 spital dah 7 cm, then Doc tolong pecahkan ketuban, pastu aku teran terus kuar, ni Doc nak pecahkan ketuban dulu? Hadoi...betul ker nak bersalin dah nih? Pastu dia pecahkan ketuban kat level 4 plak tuh..Aku mintak nak terus le labour room sebab takut pas pecah ketuban terus rasa nak bersalin datang kang tak sempat nak ke labour room plak.. hahaha..but doc kata takper, pecah ketuban kat level 4 jer.

Pas pecah ketuban, habislah basah semua. Hubby terkejut bila aku masuk bilik, tau-tau aku kata, Doc dah pecah ketuban, i nak turun dah ni. Gabra member...then aku naik wheel chair, sambil tunggu misi siapkan dokumen. Time ngah tunggu tuh, 2-3 kali air ketuban aku meleleh dgn banyak..perghhhh..sungguh tak selesa...!!Aku siap sound misi tuh suruh cepat bwk aku turun ke labour room sebab aku takut aku terberanak kat atas. Bila aku citer pasal xperience lahirkan Q, misi pun cuak dan cepat2 tolak aku ke labour room. Hahaha...

Sampai labour room dlm kul 7.30 am. Then aku pun lepak ngan hubby dalam tu. Contraction aku dah mula datang tapi aku still leh tahan. Doktor budget aku akan lahirkan baby dlm 6 jam lagi (1cm 1 jam), aku dengar terkejut beruk...lamanya weiii...gila ah nak duduk dlm tuh 6 jam..tak sanggup aku!! Aku doa cepatlah baby kuar. Masa tuh nurse siap promote suruh aku guna epidural tapi aku takmo. Dulu masa Q aku tak guna, so kali ni pun aku takmo guna. Memang ada contraction tapi aku leh tahan, sempat lah borak2 gak ngan hubby.

Aku syukur sgt sebab aku dapat tahan contraction sampai 8 cm. Masuk jer 9 cm, bermulalah trauma aku. Doktor terkejut jugak sebab bukaan rahim aku cepat, dalam 3 jam dah bukak 10 cm. Aku dah mula merengek2 kesakitan nak teran baby. Doktor suruh teran & aku pun teruslah teran. Doktor siap bg ceramah lagi..ada 3 session dalam proses kelahiran nih ..yang 1st ..bla bla bla...yg 2nd bla bla bla ... yg 3rd bla blaa bloooooo... aku dah pening dengar time tuh! Apa nih? Siap ada session2 lagik..Dulu masa bersalin Q, kawan aku Dr Sumitra tuh tak sempat nak bg ceramah percuma. Terus jer teran..Dah tak sompek nak tungguuuuu...

Tapi betul gak kata Dr Azmi nih..mmg aku push 3 session. Satu session 3 -4 kali aku teran. So, sila kira sendiri agak2 berapa kali aku meneran nak keluarkan si Zayra ni? Ho ho... Yang silapnya, time tak rasa nak push pun aku tetap teran gak. Sebab aku nak cepat keluarkan Zayra. Tu my mistake lah .. Patutnya teran time ada rasa. Nasib baiklah aku memang pandai teknik meneran yg betul (siap ada kawan blogger tanya teknik tu, esok aku wat entry tuh kay..). Ehem ehem .. heheh..Dr Azmi pun puji cara aku meneran. Kalau korang nak tau, bilik aku yg paling cool dan senyap! Hahah..Sebab mak buyung sorang nih meneran dengan penuh tekun sampai tak berbunyi. Bilik lain bukan main meriah cam tgk bola FIFA, siap aku dengar sorang mak nih jerit baekkk punya...Yang kelakar tuh, midwife siap kira 1-10, dah habis kira sampai 10, aku nih duk meneran lagi tak habis-habis..sampai member pun dah tak pasti nak kira 11, 12, 13, 14 dan seterusnya atau tak ..wkakakaa..lawak sungguh! Nak dekat 15 harkat aku tahan nafas tu ha! Siap hubby tiup2 kepala aku sebab muka aku dah merah gilossss....

Yang paling gerun, masa last session tuh lah..serius beb, MACAM NAK MELETUP PUNGGUNG HAKUUUU!!! Sakitnya Masya Allah..macam kulit durian kena kopak pun ada! Tolong ah kata aku leh nampak Dr Azmi dengan coolnya mengorek-ngorek sekitar rahim dengan 2 jarinya kiri & kanan untuk melepaskan bahu Zayra! Masa tuh dia punya sakittttt...Ya Allah..time tu plak mmg aku tengah meneran kaw-kaw punya, aku tak berani nak stop teran sebab takut nanti kena teran lagi untuk session ke 4 plak... Tak sanggup dah ni. Alang-alang sakit, biarlah keluar terus baby aku. Masa nih, sesungguhnya memang aku rasa macam kena libas dengan pedang 300 kali! Ada yang kata sakitnya mati tuh macam kena libas pedang kan? Ha...macam tuh lah aku rasa beb .. Memang betul bertarung nyawa time tu! Insafnya aku Ya Allah..Trauma jangan cakap lah..tak expect langsung sakitnya camtuh sekali kan...

Tapi, dalam pada sakit nak mati tu kan..aku syukur jugak sebab kepandaian aku meneran (hahaha..eksen plak tuh) dan disebabkan Doktor tak potong untuk bukak laluan menyebabkan luka aku cepat baik. Doktor kata, luka terkoyak tuh cuma stage 1 dan sikit jer. Memang masa Doc jahit tuh, aku tgk gak. Memang kejap jer dia jahit. Dan dalam 2 minggu dah baik dah luka aku. Syukur sangat. Bukan main lagi Dr Azmi dok puji aku kata my process of deliver this baby Zayra is so smooth, cepat (sebab 3 jam jer dah kuar) dan aku pandai teran. Dia tak tahu time Qarissa lagi senang dan tak sampai 45 minit! Ho ho ho...

Dan, selepas meneran sepuas hati, 3 hari aku berurut barulah aku rasa lega sikit tulang temulang ni ha! Punyalah sakit Ya Rabbi..lenguh giler satu badan. Memang aku berehat lama jugak sebab nak stabilkan balik badan yg sakit ni. Kalau korang tanya aku nak anak lagi tak, hadoi...memang tak sanggup dah aku oii...cukuplah dua jer..sakit sangat nih ha..memang trauma aku nak "letupkan" punggung lagi. Buat masa ni hingga 3 tahun akan datang, memang "kilang" aku ditutup tanpa notis. Hahaha. Lagipun aku nak fokus hal Zayra ni dulu. Q pun perlukan perhatian jugak sebab dia nak membesar as kakak kan..Kalau trauma aku masih tak hilang, nampaknya 4-5 tahun lah kot..Kalau masih tak hilang lg..erkkk..maybe amik anak angkat la...hahah..ada sesapa nak bg baby boy kat aku??? Ahaks....

Tu lah pengalaman aku lahirkan Zayra. Nanti bila Zayra besar, dia leh baca sambil menginsafi betapa susahnya Mummy dia nak lahirkan dia. Semoga Zayra akan jadi anak yg berguna untuk agama, bangsa & negara kay Sayang. Amin. Jangan lupakan Mummy & Daddy tau..Setiap kali lepas solat, doakan kami yer Sayang...:)

Sakitnya nak bersalin...


4 comments:

azzamoro said...

babe, esok jugak ko kene buat entry cara nak meneran tu. aku tunggu. aku lagi seminggu je ni. aku terus jadik cuak even 2nd time pun. ramai org cakap beranak ke 2 lagi sakit dr yang pertama.

doakan aku weyhhh.. aduyaiiii

MamaDamia a.k.a Haiza said...

gerun la plak bila baca ur experience ni...me tak pernah merasa teran meneran ni coz Damia dulu keluar lompat ikut tingkap..hihihi

p/s: boleh ke mak ni nak merasa beranak normal coz orang cakap kalau first baby dah operate maknanya yang seterusnya pun akan operate gak... :(

Mila_ibu najihah said...

1st time pengalaman bersalin..kena induced. ada akak yg da bsalin awal sikit dari saya cakap..bersalin tu rasa cam nak yak..sy punyalah tahan nak yak atas katil labor room..takut malu, turns out, lepas kan 'yak' tu lah wat baby kuar..ahaks..ntahapa2 je teori(but useful for me..hehe)

me n de alisha said...

Anyway thanks for share ur experience...lama tak komen kat blog double Q nih :)... Ish memang ngeri kan baca entry u, I sekarang ni tgh pregnant 4 month, dulu masa aliesya I operation, sakit macam u cerita tu, coz ubat bius dah habis bila doctor jahit the last stage, satu malam I tak dapat tidur, tapi tak tahu lah kali ni harap-harap mudah sikit...lepas tu I nak pencen sekejap 4-5 tahun...huhuhu kalau fikirkan trauma mmg takde anak jawabnya kan??

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading